Bulan Rejab muncul lagi, Alhamdulillah kita masih lagi di panjangkan umur oleh Al-Khaliq untuk meneruskan kehidupan dan menikmati keistimewaan bulan Rejab iaitu bulan ketujuh dalam kalendar Islam atau kalendar Hijriah. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya di dalam bulan yang sangat mulia ini. Setiap amalan dan kebajikan di dalam bulan ni pasti mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah.
- Puasa satu hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
- Puasa dua hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
- Puasa tiga hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
- Puasa empat hari – diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
- Puasa lima hari – aman dari azab kubur.
- Puasa enam hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
- Puasa tujuh hari – Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
- Puasa lapan hari – Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
- Puasa sembilan hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
- Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustagim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustagim.
- Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
- Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
- Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
- Puasa 19 hari – Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
- Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.