BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 11, 2010

Kelebihan Dan Fadilat Berpuasa Di Bulan Rejab

Bulan Rejab muncul lagi, Alhamdulillah kita masih lagi di panjangkan umur oleh Al-Khaliq untuk meneruskan kehidupan dan menikmati keistimewaan bulan Rejab iaitu bulan ketujuh dalam kalendar Islam atau kalendar Hijriah. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya di dalam bulan yang sangat mulia ini. Setiap amalan dan kebajikan di dalam bulan ni pasti mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah.

Oleh yang demikian terdapat pandangan menyatakan bulan Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat  di kalangan para Muslimin dan Muslimat.
Diantara ibadat sunat yang diberi penekanan sepanjang bulan Rejab ini adalah ibadat puasa sunat. Banyak kelebihan dan fadilat berpuasa di bulan rejab seperti mana yang di temui di artikel-artikel ilmiah:
  • Puasa satu hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa dua hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
  • Puasa tiga hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
  • Puasa empat hari – diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
  • Puasa lima hari – aman dari azab kubur.
  • Puasa enam hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa tujuh hari – Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
  • Puasa lapan hari – Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
  • Puasa sembilan hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustagim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustagim.
  • Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari – Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  • Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Begitulah kelebihan dan fadilat berpuasa di bulan Rejab ini, di samping itu juga sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada saiji.
Setiap umat Islam yang berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dan tidak berdaya untuk berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Sungguh banyak kelebihan dan fadilat berpuasa di bulan Rejab, sememangnya peluang sudah tersedia kepada kita semua, selamat meraih habuan kelebihan dan fadilat berpuasa di bulan Rejab kepada semua Muslimin.


Tuesday, June 8, 2010

9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlaq Mulia
Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: - Bersopan satun
.:: - Senantiasa memaniskan wajah
.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: - Menutup aurat
.:: - Ramah dan mesra
.:: - Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

Baiklah saudari dan saudara.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Semoga apa yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi kayu pengukur dalam keperibadian akhlaq diri saya dan juga anda serta pasangan.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri saya yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua. Wallahu ‘alam bisowob. ((=


                                                                     

Tinta Buat Sahabat

Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.


Sahabat,

Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.


Sahabat,

Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.

Ukhuwah fillah abadan abada.


 


oitt...ello!!!

hyepp smue!!!..
huh..lme sngguh diriku ini x brblogging...hehe...
akue x mse nk update blog ku ni...
skunk ni kan ngah cutie sekolah slama 2 weeks...
akan ku isi mse yg trluang ngan update blog ni...
yes!!!



I Love You